PRA-START UP
Usahawan merupakan seseorang yang melibatkan diri mereka dengan pengeluaran idea baru yang dapat membantu masyarakat sekitarnya. Antara masalah yang dihadapi oleh usahawan pada peringkat ini ialah:
- Usahawan perlu memikirkan idea sebuah produk yang masih belum ada di pasaran.
- Usahawan juga perlu memikirkan faktor kewangan yang memainkan peranan penting dalam sesebuah penghasilan produk baru. Dimana mahu mencari modal dan berapa kos produk yang mahu dibuat itu.
- Usahawan juga mungkin akan menghadapi masalah semasa penghasilan produk dan untuk mengatasinya mereka perlukan pengalaman. Mereka yang belum pernah ada pengalaman dalam membuat produk baru akan menyebabkan masalah tersebut sukar untuk diatasi.
START UP
Setelah produk siap usahawan juga akan menghadapi masalah lain iaitu :
- Pengurusan sangat penting dalam setiap perniagaan. Usahawan perlu pandai menguruskan syarikat dan juga menguruskan pekerjanya dalam menghasilakn produk yang banyak dan berkualiti. Pengurusan yang bermasalah mungkin akan menyebabkan perniagaan tersebut bankrup.
- Usahawan perlu tahu bagaimana untuk memasarkan produk baru tersebut. Pelbagai kemahiran dan kaedah yang perlu usahawan pelajari semasa ingin memasarkan produk agar ia menjadi suatu produk yang terkenal dan memberi manfaat kepada pengguna secepatnya.
POST START UP
Masalah yang akan dihadapi oleh usahawan pada peringkat ini ialah:
- Kitaran hayat produk, usahawan perlu tahu cara yang terbaik supaya kitaran hayat produk tersebut tidak akan tamat begitu sahaja. Cara yang boleh dilakukan ialah dengan menambahkan jumlah produk atau cara penggunaanya juga boleh ditambah lagi. Selain itu, harga yang berpatutan juga memainkan peranan dalam memastikan produk tersebut masih mendapat sambutan para pengguna.
- Kepuasan pelanggan, pelanggan akan selalu mencari produk yang lebih baru dan lebih baik kesannya kepada mereka. Sifat mereka juga cepat berubah kepada satu produk kepada satu produk yang lain.Jadi usahawan perlulah mengambil tindakan yang cepat agar pelanggan mereka tidak beralih ke produk yang lain.


No comments:
Post a Comment