Seorang usahawan memiliki sifat kepimpinan yang tersendiri. Sifat ini amat perlu ada pada setiap usahawan agar segala yang telah dirancang akan diikuti dan dipatuhi oleh pekerjanya.
Dua ciri utama ciri-ciri individu yang akan menjadi pemimpin
ialah pertama, sejak kecil lagi mereka sudah mempunyai cita-cita yang tinggi,
dan kedua mereka tahu apa yang mereka mahu. Mereka tahu bahawa mereka hendak
menjadi seorang pemimpin. Dalam lain
perkataan, teori ini mengatakan para pemimpin sejak kecil-kecil lagi sudah
‘berjiwa besar’.
Lazimnya orang mengatakan para pemimpin ialah mereka yang
bergiat dalam aktiviti politik. Memang ramai ahli politik yang mempunyai
ciri-ciri pemimpin, tetapi ramai juga individu-individu yang tidak bergiat di
dalam bidang politik juga mempunyai bakat pemimpin. Sebagai contoh, ramai tokoh
usahawan dan tokoh korporat mempunyai bakat kepemimpinan yang amat tinggi.
Malah bakat kepemimpinan juga terserlah di kalangan ahli-ahli sukan dan
pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan sukarela.
TAKRIFAN PEMIMPIN
Pemimpin akan menentukan hala tuju dan jatuh bangun
masyarakat itu. Dia bukan sahaja bertanggungjawab untuk memastikan setiap
anggota masyarakat mendapat gambaran yang jelas terhadap setiap polisi, arahan
dan tugas tetapi juga memastikan setiap arahan dan tugas berkenaan dipatuhi dan
dituruti oleh anak buahnya.
Pemimpin juga memegang satu amanah yang perlu dilaksanakan
dengan penuh rasa tanggungjawab dan ditegah supaya dapat mewujudkan satu
masyarakat yang bersatu padu, adil dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi
terhadap kebajikan kelompok di bawah kepemimpinan mereka. Ilmu dan kefahaman
perlu ada pada seorang pemimpin. Ilmu dan kefahaman ini akan memeliharanya dari
pada membuat keputusan yang bercanggah dengan syariah.
CIRI-CIRI PEMIMPIN
(a) Semangat
Seorang pemimpin perlu mempunyai cita-cita, ketabahan,
ketekunan tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya.
(b) Kebijaksanaan dan kepintaran
Seorang pemimpin yang bijaksana adalah pemimpin yang memilih
kecerdasan yang baik. Dengan kecerdasan yang baik atau akal yang panjang, dia
dapat menggunakan pertimbangan akalnya, atau budi bicaranya dengan adil dan
saksama bagi kepentingan orang ramai dan bukan untuk kepentingan dirinya
sendiri. Tambahan pula, mereka juga berupaya menggabungkan dan mentafsirkan
maklumat-maklumat yang banyak.
(c) Keyakinan
diri
Seseorang pemimpin percaya pada keupayaan diri sendiri. Justeru,
pemimpin harus mempunyai disiplin peribadi , boleh diteladani dan sentiasa
menjadi contoh.
(d) Dorongan
Kepemimpinan
Pemimpin harus mempunyai hasrat yang tinggi mahu
mempengaruhi individu-individu lain supaya menyokong usaha bagi mencapai tujuan
dan matlamat yang sudah ditetapkan.
(e)
Berpengetahuan dan berpengalaman
Pemimpin bukan sahaja memiliki keahlian atau ketrampilan
dalam bidangnya, tetapi juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang itu
supaya dia berupaya memberi tunjuk ajar dan pimpinan yang lebih berkesan.
(f) Kreativiti
Pemimpin berupaya mencipta idea-idea yang baru dan berguna
supaya dapat menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan berkesan.
(g)
Fleksibiliti
Pemimpin harus pandai menyesuaikan diri dengan keperluan
individu-individu yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa. Ciri
ini membolehkan para pemimpin mengenal pasti tindakan-tindakan yang sewajarnya
mereka ambil dalam keadaan-keadaaan tertentu dan melaksanakan tindakan itu.
(h) Sihat dari
segi jasmani dan rohani
Pemimpin memiliki kestabilan emosi, tabah dan sabar, tidak
mudah naik darah tetapi tenang dalam menghadapi sebarang masalah dan cabaran,
tahu memilih dengan tepat dan tahu perkara yang harus didahulukan.
(i) Kejujuran,
amanah dan integriti
Tanpa sifat amanah, pemimpin itu tidak akan mendapat kepercayaan
daripada ahli-ahli. Keutuhan dan kestabilan sesebuah pertubuhan itu banyak
bergantung kepada sifat jujur serta amanah para pemimpinnya.
(j) Sifat
terbuka
Pemimpin yang baik suka berterus-terang, tidak
menyembunyikan sesuatu sehingga menjadikan para anggota persatuan menaruh
perasaan syak wasangka. Selain itu, dia juga mudah dihubungi dan ditemui pada
bila-bila masa.
Berani
Cerdik
Modal
Berani merujuk kepada naluri keusahawanan, yang merupakan keinginan yang amat kuat untuk mempunyai perniagaan sendiri. Anda mesti mempunyai keberanian dan dedikasi yang benar-benar akan ditumpukan kepada matlamat anda. Secara kebetulan, kesetiaan kepada matlamat anda bererti anda mempunyai kecenderungan yang amat kuat untuk perniagaan yang dimaksudkan. Hidup ini terlalu pendek untuk memulakan perniagaan yang tidak memberi kepuasan dan kegembiraan kepada diri anda.
Walaupun kelulusan pelajaran yang sesuai adalah penting, "otak" keusahawanan ertinya lebih daripada pencapaian akademik. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, anda mesti mempunyai pengetahuan kerja mengenai perniagaan yang anda merancang untuk memulakan sebelum anda mula. Akal budi digabungkan dengan pengalaman yang sesuai adalah kecerdikan yang diperlukan. Sikap berhati-hati dan cermat sangat penting.
Anda akan memerlukan wang benih anda sendiri, termasuk wang tunai yang mencukupi untuk mengekalkan aliran tunai yang positif untuk sekurang-kurangnya tahun pertama perniagaan anda. Dalam sesi masa depan, anda akan belajar bagaimana untuk meramal keperluan tunai masa depan melalui kawalan aliran tunai. Banyak perniagaan boleh ditubuhkan pada skala yang sangat kecil dengan pelaburan yang kecil. Kemudian, satelah perniagaan berkembang dan anda telah mendapat pengalaman, aliran tunai dari perniagaan anda boleh digunakan untuk pertumbuhan.
Dalam sesetengah keadaan, anda tidak perlu modal permulaan untuk mengupah orang lain kerana anda mungkin mula dengan melakukan segala-galanya sendiri. Strategi "Melakukannya sendiri" adalah cara yang baik untuk belajar segala-galanya tentang perniagaan anda dan juga ia membuat anda lebih layak untuk mewakilkan kerja kepada orang lain kemudian. Anda boleh mengawal risiko anda dengan meletakkan had kepada berapa banyak anda ingin melabur dalam perniagaan anda.
No comments:
Post a Comment