Assalamualaikum..
Perkara yang saya dapat pelajari melalui video tersebut ialah kerajaan banyak membantu usahawan-usahawan bumiputera ini melalui agensi-agensinya.Kerajaan juga tidak memilih ahli politik atau sesiapa sahaja, bantu diberikan kepada semua lapisan masyarakat yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.
Usahawan yang minat berniaga tidak perlu risau untuk mendapatkan modal hanya melalui pinjaman bank sahaja. Apabila bank tidak mahu memberikan pinjaman kepada usahawan tersebut mereka terus menjadi buntu dan tidak mahu meneruskan perniagaan mereka.
Agensi-agensinya ialah Tekun Nasional, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Amanah ikhtiar Malaysia, SME Bank, Perbadanan Nasional Berhad, Majlis amanah rakyat (MARA), Ekuiti nasional berhad (ekuinas), Teraju, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), MDEC untuk usahawan ict, Agro Bank dan Ministry of International Trade and Industry (MITI).
Kerajaan menggalakkan usahawan bumiputera ini menjadi pemegang franchise, kebanyakkan agensi yang memberi pinjaman wang juga mereka mengikut syariah islam, jadi usahawan bumiputera tidak perlu takut dengan kadar bunga yang tinggi. Selain itu, boleh dikatakan kebanyakkan agensi memberi bantu latihan, kemahiran, perkongsian ilmu,mentoring kepada usahawan yang baru untuk bersama-sama berjaya didalam perniagaan yang mereka ceburi.
Kesimpulannya, kerajaan menggalakkan kaum bumiputera untuk menjadi pesaing kepada kaum bukan bumiputera didalam perniagaan bagi meningkat pertumbuhan ekonomi negara.

No comments:
Post a Comment